Sunday, February 24, 2013

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
  • jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja, Ingat , idea adalah matawang kepada usahawan.                                Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda

Tiada pelan pemasaran
  • Pelan pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! terdapat banyak cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Pelaksanaan pelan pemasaran pula perlu dilakukan secra berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos penjimatan.
Tidak mengenali pelanggan anda
  • Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan pesaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk ataupun perkhidmatan tersebut.
Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
  • Walaupun kita mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam jangka waktu tersebut.
Tidak peduli tentang kakitangan
  • Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

  • Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

    • usahawan yang berjaya hidup di dalam yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

    Tiada pelan penjualan
    • Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda.  Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

    Penyendiri
    • Anda mungkin tahu kesemuanya tetapi anda tidak boleh melakukannya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

    Tiada 'Mastermind'
    • Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang mempunyai perniagaan yang kecil, ini mungkin tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai. Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

    Berputus asa
    • kebanyakkan usahawan yang berjaya pernak mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa sebaliknya terus berusaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik.

    Tuesday, February 5, 2013

    Assalamualaikum...& haii reader..
    Ok hari ni kami nak bercerita pasal idea perniagaan kami..reader ingat tak lagi dengan idea perniagaan yang kami pernah cerita dulu..hah mesti reader semua dah lupakan...:(. Lets me remind again.

    Idea perniagaan kami :
    1. Choco puff
    2. Sweet Honey Corn
    3 Filling Rolls
    4. Vita Fruit Mix
    5. Tradisional Phone Casing.

    dah ingat ke????

    mari sini kami nak terangkan pasal idea kami ini..

    CHOCO PUFF

    - Inspirasi daripada karipap tapi yang berbeza adalah karipap berintikan KARI dan produk kami ini berintikan coklat dan disaluti dengan coklat.

    dapat bayangkan tak???

    pandai2 la imagine..hehe

             


    SWEET HONEY CORN

    - pernah tak anda makan "sweet corn"? . bagaimana pula dengan biskut "conflakes madu"? 
    dah tentu semua pernah rasakan..
    produk kami adalah gabungan daripada kedua - dua produk diatas dan ianya disaluti dengan coklat cair hersye's
    hurm ...sedappp kan..


    FILLING ROLLS

    - dengar macam biasa je kan?. nama biasanya "POPIA". tapi, apa yang kreatifnya filling rolls kami?
    kreatifnya ialah inti yang dimasukkan adalah berasaskan "kebab" yang berperisa ayam, daging, serta campuran mayonis.



    VITA FRUIT MIX

    - Pernah minum vitagen? haa kali nie rasalah vitagen yang kami adun sendiri. Dicampur pula dengan buah-buahan segar yang dipotong halus.
    -berkhasiat, sesuai untuk orang yang berdiet.


    TRADITIONAL PHONE CASING

    Apa ni? haa...ini adalah casing untuk handphone anda tetapi bercorakkan traditional iaitu gabungan kain bercorak batik dan kain pelekat. tidak menggunakan magnet tetapi menggunakan butang yang pelbagai bentuk.


    Monday, February 4, 2013

    Group Assignment - Selling Product

     

    Kami diberi tugasan untuk menjual sejenis produk kepada warga PSP dan kami perlu menjual produk ini pada 28 / 1 / 2013 (Isnin). 


    Produk apa???

    taraaaaaa

    BISKUT TIMBANG

    selepas discuss dengan group member dan kami decide untuk mengeluarkan modal sebanyak RM7 seorang dan modal yang telah ditetapkan oleh pensyarah kepada setiap kumpulan adalah minimum RM30 dan maksimum RM50. So cukupkan bajet kami :) 

    Ini adalah produk biskut timbang yang menjadi pilihan kami..

    Biskut roll @ rokok


    Biskut butang

    Dah habis beli semua biskut2 ni so time for packing!!!!!!!

    comelkan packaging kami :)


    28 / 1 / 2013 - 8.30 a.m ----- Hari Penjualan di PSP..Yeay!!!!!



    Fikirkan Menu Di KIOSK


    Setiap kumpulan diminta untuk memberi idea mengenai jenis - jenis menu yang akan ditawarkan di Kiosk.


    seriusnya kumpulan kami berbincang..hehe

    Brainstorming :)

    Jeng...jeng...jeng




    Ini adalah aktiviti pertama kami. 'Mencari idea projek perniagaan'. Kami diminta mencari 5 idea untuk projek ni..Dalam dok pulun cari idea yang kreatif lagi inovatif hanya yang ni saja yang mampu kami cari...otak dah tepu la katakan :)


            1. Choco Puff                                        
            2. Sweet Honey Corn
            3. Filling Rolls
            4. Vita Fruit Mix
            5. Traditional Phone Casing

    semua idea berasaskan makanan cuma yang no 5 sahaja aksesori hanset...nak taw sebab apa idea kami berasaskan makanan??
     sebabnya.....

    KUMPULAN KAMI INI SEMUA GILA MAKANAN!!!!!

    Perbentangan 16/1/2013


                                
    Perbentangan Kumpulan

    Hari ini tugasan kami adalah berbincang mengenai 'CONSUMER BUYING DECISION MAKING PROCESS'. Setiap kumpulan diberi 1 produk berkaitan tajuk ini dan kumpulan kami mendapat tajuk berkenaan prosess pembelian baju. Tak kisah la baju kurung atau baju t-shirt yang pasti mengenai baju. Maka dengan bersemangat kami berbincang dalam kumpulan. Habis sahaja perbincangan kami kena bentangkan kepada kelas apa hasil yang kami dapat dalam perbincangan ini...Jadi inilah gambar perbentangan tadi..hehe

    Ketua kumpulan kami, Syamsul Amir sedang bersungguh - sungguh menerangkan mengenai "consumer Buying Decision - Making Process"
    - CAYALAH RAY !!   =D -

    Inilah tajuk yang kami belajar hari ini..


    Proses membuat keputusan barang pengguna.




                       




    Sunday, January 27, 2013

    Bahagian mana????

    Ok..mesti hampa dok confiuskan dengan tajuk kami...hehehe
    mai sini kami nak terangkan..
    macam nie ( gaya macam nak terang projek berjuta - juta) kumpulan kami dipilih untuk menguruskan bahagian pengurusan kewangan bagi projek perniagaan usahawan DBS5B..nak taw tak sapa pengurus bahagian nie....

    taraaa......




    ini dia pengurus bahagian kewangan yang dok tekun mengira bajet..
    CIK NURUL JASRINA BINTI JAAFAR..(otak penuh $$$$$)




    hah yang nie pulak setiausaha  bagi projek perniagaan kami





    tudiaaaaa....  khusyuk btoi dok dgr..jgn dok dgr saja ton catat sama nanti trlupa apa yang dok bincang 2...

    Inisiatif



    hyee semua usahawan muda :))




    Ini adalah logo bagi kumpulan kami :). Buat masa nie kami masih dalam rangka untuk memperbaiki logo kami dari semasa ke semasa agar nampak lebih menarik...

                                                   ' DO PRAY FOR OUR SUCCESS OK'


                                                               

    Our Organization Chart


    Let Us Introduce Our Team.






                   Nampak tak orang - orang comel diatas??
                          inilah ahli kumpulan kami 


                                                      Syamsul Amir Bin Rozman a.k.a Ray
                    Nur Hidayah Binti Abdul Hamid a.k.a Eton
                        Nurul Jarina Binti Jaafar (Jas)
                    Nur Atikah Binti Zakaria (Tikah)
                        Suraini Binti Md Saad (Sue)